loading...

15 Cara Mudah Tarik Selera Anak Makan


15 Cara Mudah Tarik Selera Anak Makan  | Bukan mudah untuk menarik minat anak untuk makan apa yang ibu hidangkan . Lazimnya , kanak-kanak lebih mudah tertarik dengan makanan segera dan makanan ringan yang lebih enak perisanya apatah lagi makanan itu dijual bersertakan mainan yang comel .


15 Cara Mudah Tarik Selera Anak Makan


15 Cara Mudah Tarik Selera Anak Makan 


Sebagai ibu , ada tips yang boleh dicuba untuk mengalakkan anak makan hidangan yang disajikan seperti dibawah ini .

1- Libatkan anak dalam memilih dan merancang menu harian . Cuba kaji citarasa anak anda . Sebagai contoh , ketika memilih sayuran berkhasiat , biarkan anak anda memilih sayuran kegemarannya .

2- Bawa anak anda bersama ke pasar dan cuba gunakan peluang ini untuk menerangkan kepadanya tentang kepentingan pelbagai jenis makanan . 

3- Galakkan anak-anak membantu semasa menyediakan makanan . Ketika anda menyediakan sayuran , tidak salah sekiranya anda menyuruh anak anda membasuh sayuran atau jika anda membuat roti atau kek , biarkan anak anda membantu menguli / mengadun tepung .

4- Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk untuk menarik minat anak anda . Antaranya , anda boleh membuat kuih - muih berbentuk angka , huruf atau objek tertentu yang boleh menarik perhatiannya .

5- Guna peralatan berbagai warna dan bentuk . Sebagai contoh , gunakan pinggan dan mangkuk berwarna warni atau bekas yang berbentuk unik dna sebagainya . 

6- Gunakan kreativiti anda untuk menghias makanan seperti makanan yang disajikan di restoran mewah . Pastikan hidangan itu mengabungkan pelbagai warna yang menarik . Anda juga boleh menyajikan makanan kepada anak anda dalam bentuk bento .

7- Jangan campurkan makanan dalam bekas yang sama sebab mungkin ada sayuran yang dia tak suka .

8- elakkan memarahi anak -anak bila mereka membuang atau membuat sepah ketika makan . 

9- jangan ugut anak anda jika dia tidak mahu makan . Sebaliknya , cuba pujuk mereka dengan kata-kata manis dan pujian supaya dia teruja nak makan .

10- Elakkan berbincang tentang makanan yang tidak digemari anak anda ketika makan kerana ini akan membunuh keinginannya untuk makan . 

11- Galakkan anak anda makan sendiri kerana ia akan menyuntik semangatnya untuk menghabiskan sajian di depan mata .

12- Elakkan membiarkan anak makan seorang diri sebaliknya cuba amalkan makan bersama keluarga .

13- Elakkan membiasakan anak makan makanan ringan seperti funfries , nugget , coklat , biskut krim , kek , gula-gula dan sebagainya .

14- Biasakan beri anak anda makanan ringan yang berkhasiat seperti jagung rebus , buah-buahan , sandwich , burger , wafel , fish cake , dadih , jus buah , susu dan sebagainya .

15- Puji anak anda bila dia dapat menghabiskan sajian makanan yang disediakan untuknya .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan