Resepi Ringkas Buat Air Bandung Soda Super Sedap
Resepi Ringkas Buat Air Bandung Soda Super Sedap | Tak lama lagi bulan ramadhan akan muncul . Selalunya , bila kita nak beriftar , air adalah benda pertama yang kita pandang dan tenung sehingga azan maghrib berkumandang .
Kalau membeli air di bazar ramadhan , selalunya lebih banyak ais berbanding air . Selain itu , air yang digunakan mungkin air yang mentah . Sebab itu , selalunya kita akan batuk di bulan ramadhan dan kita akan cuba salahkan cuaca yang panas .
Apa kata ramadhan kali ini , anda buat sendiri air minuman anda di rumah . Ada banyak jenis air . Untuk kali ini , saya kongsikan Resepi Ringkas Buat Air Bandung Soda Super Sedap .
Resepi Ringkas Buat Air Bandung Soda Super Sedap
Utuk membuat Air Bandung Soda Super Sedap ,
berikut adalah bahan yang perlu ada dan langkah-langlah pembuatannya .
BAHAN BAHAN
* 4 tbsp gula
* 1/2 cwn air panas
*sirap ros (optional)
*1 tin aiskrim soda
*1 tin susu cair
*1/2 jug ais
CARA CARA
*larutkan gula bersama air panas
*masukkan pati sirap ros
*masukkan susu cair , kacau kan.
( kalau warna agak pucat boleh tambah lagi sirap tadi untuk warna yang menarik )
*kacau sampai berbuih
*masukkan ais krim soda (kacau lagi)
*penuhkan jug dengan ais..
0 comments:
Post a Comment