loading...

Resepi Ringkas Ayam Masak Padprik Ala Thai


Resepi Ringkas Ayam Masak Padprik Ala Thai  | Resepi yang MUDAH tetapi lengkap dengan protein dari ayam dan sumber vitamin dari sayur. Sesuai dimasak oleh wanita bekerjaya yang kesuntukan masa untuk memasak. Mesti cuba!


12645032_1564424440550088_5710179053210231382_n

Paprik mempunyai keunikan rasa iaitu kombinasi rasa serai dan daun limau purut yang kita infused dalam kepelbagaian sos dan kicap yang digunakan.


12654658_1564424427216756_8471416479296673547_n

Bahan bahan utama


1. Ayam yang dipotong kiub.
2. 4 biji bawang putih diketuk
3. 1 biji bawang besar dihiris kasar.
4. Sebiji cili merah dihiris atau cili padi yang diketuk
5. Lobak
6. Kacang Panjang
7. Tomato

12642567_1564424437216755_2944463112691813901_n

Inilah barisan sos dan kicap yang akan digunakan.

Biasa tak jeling jeling di ruangan masak dapur di restoran Thai. Berapa banyak bekas bahan bahan yang mereka cedok cedok dan masukkan dalam masakan yang kita tempah.

Mari kita bongkarkan ramuan ayam masak padprik ala thai . 


1. Sos Tiram
2. Kicap
3. Sos Tomato
4. Sos Cili

5. Sos Thai (sos yang selalu digunakan untuk deep sotong celup tepung atau keropok)
6. Sos Wortescershire (haha... ni tersauk sekali masa nak ambil gambar. Tak guna pun)
6. Serai Terbotol Anjaad
7. Daun Limau Purut Anjaad

12645002_1564424463883419_3851569518143853509_n

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah.

12592429_1564424473883418_5944346700852458299_n

Apabila bawang naik bau, masukkan ayam.

12688309_1564424500550082_1118564550571070616_n

Masukkan Serai Anjaad dalam 1 sudu kecil.

Untuk tahu tentang perbezaan Serai Kampung dengan Serai Peha Ayam, boleh lihat posting saya sebelum ini perbezaan ke duanya.

12669712_1564424510550081_1859265884371737042_n

Masukkan Sos Tiram 2 sudu besar.

12647426_1564424527216746_3310259055228849621_n

Masukkan kicap 2 sudu besar.

12647372_1564424573883408_6345728739193373305_n

Masukkan Sos Tomato 2 sudu besar.

12669489_1564424553883410_5650623932555367513_n

Masukkan Sos Cili 1 sudu besar.

12688010_1564424593883406_854605036351166604_n

Masukkan setengah cawan air.

12669504_1564424607216738_4624096919042000490_n

Tutup dan biarkan mereneh dalam 20 minit. Kacau sekali sekala.

Tiada dalam gambar. Saya masukkan 1 sudu Sos Thai. (Sos tersebut dah nak habis, masukkan sedikit air dalam botol dan goncangkan)

Hasilnya, emmm.. lagi sedap dan tak perlu tambah gula.

12688305_1564424627216736_1847828962394882462_n

Apabila ayam sudah empuk, masukkan segala mala sayur yang berkenaan.

12688082_1564424643883401_2771683696191354932_n

Masukkan Limau Purut. Limau purut ini infused rasa yang sangat unik. Saya guna limau purut Anjaad.

Mudah. Stok limau purut sentiasa ada di rumah. Nak memasak apa pun boleh selepas ini.

Siap masakan Paprik kita.

Alhamdulillah, cantik kejadian Ayam Paprik Ala Thai.

Saya tak masukkan garam dan gula kerana bahan bahan sos terutama sos tiram sudah mempunyai rasa masin yang kuat.

Lihat posting saya sebelum ini tentang tips masakan apakah perbezaan Sos Tiram dengan Sos Perisa Tiram.


Facebook : Rafiza Idayu


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan