Resepi Cara Buat Russian Black And White Cake Langkah Demi Langkah
Resepi Cara Buat Russian Black And White Cake Langkah Demi Langkah | Kita dah iasa dengan kek coklat brownies dan juga kek coklat moist . Sesekali nak juga cuba kelainan walaupun rasanya hampir sama juga . Untuk meraikan hari jadi anak dan buat mereka gembira dengan kek yang beri kelainan dari biasa , tak salah kalau mencuba .
Russian Black And White Cake
Russian Black And White Cake bukanlah kek yang pelik pun .
Nak membuat Russian Black And White Cake pun mudah saja .
Cuma banyak langkah yang perlu dilakukan .
Untuk menghasilkan kek harijadi untuk anak tercinta ,
sudah pasti boleh sahaja asalkan ada resepinya .
Berikut adalah Resepi Cara Buat Russian Black And White Cake Langkah Demi Langkah
Bahan A:
300 g Tepung gandum
100 g Serbuk koko / 1 kotak kecik
1 sdK Baking powder
1 sdK Soda bikarbonat
Satukan semua bahan , ayak dan ketepikan .
Bahan B:
400 g Gula kastor
3 biji Telur A (suhu bilik ye..)
1 sdK Esen vanila (1 penutup = 1 sdK..)😊)
Bahan C:
250 ml Susu cair
250 ml Minyak jagung
2 sdB Susu pekat
Bahan D:
250 ml Air panas (yang ni last sekali baru kita sediakan ye)
Cara-cara membuatnya :
1- Satukan semua bahan B, dan mix
Jadi putih mcm ni.
2- Masukkan susu cair dan minyak secara selang seli hgga habis..
3- Tambah susu pekat dan mix sebati..
4- Masukkn bahan A yang dah diayak tadi sikit-sikit dan kaup balik hingga habis.
5- Tambahkan air panas dan gaul rata
6- Masukkan adunan ke dalam loyang ukuran 8 inci yg dah digris dan diletak lapis baking paper..
7- Bakar pada suhu 170c selama 1½ jam bergantung kpd oven masing2..
8- Bila dah masak, sejukkan kek atas redai..
Tips :
*Jangan lupe panaskn dulu oven lebih kurang 10-15minit sebelum masukkan kek kedalam oven 2 ye..
*Untuk memastikan kek dibakar dengan sempurna,
cucuk ditengah-tengah kek secara sendeng (serong) dengan lidi bersih..
keluarkan lidi, kalu bersih maknanya kek dah masak dengan sempurna..
kalau tidak, tambahkan lagi masa membakar .
sementara nak tunggu kek kita sejuk,
kbuat krim ceez dan coklat ganache dia pulak ye..😘😘
Krim Keju Moca..
Bahan A:
12 g gelatin
60 g air
1- Satukan gelatin kedalam air..
2- Biarkan gelatin kembang lebih kurang 10minit..
3- Bila gelatin dah kembang, cairkan gelatin secara double boiler..
4- Dah cair, biarkan sejuk
Bahan B:
400 g Krim keju
60 g Gula aising
2 sdK Nescafe segera -boleh juga letak pes moca
1- Satukan semua bahan dan pukul hgga lembut..
2- Masukkan gelatin td dan pukul lagi hgga licin..
Bahan C:
300 g Krim putar bukan tenusu
1- Dalam bekas lain, pukul krim hingga kental..
2- Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna..
3- Masukkan kedalam piping bag dan dinginnkan dalam peti..
Panduan Mudah Krim Keju Mocca
krim keju moca..
Coklat Ganache..
Bahan A:
250 ml Krim tenusu
40 g Sirap glukos
Bahan B:
400 g Coklat masakan gelap (cincang halus..)
30 g Mentega (suhu bilik..)
1 sdB Pes hazelnut - ganti dengn nutella jika suka
1- Satukan bahan A dan didihkan hingga timbul buih-buih kecil tepi periuk..
2- Tuangkan krim panas ke dalam bekas coklat..
3- Biarkan coklat mencair dan gaul rata..
4- Masukkan mentega dan gaul sempurna..
5- Nak lagi sedap letaklah pes hazelnut 😊😊
6- Sejukkan..
7- Dah sejuk, masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti..
Panduan Mudah Melapis Kek
Sirap Nescafe..
1 sdB Nescafe segera
¼ cwn air suam
~Satukan dan kacau rata..
cara melapis krim keju n coklat ganache..
😘😘
* jadinye, lapisan jadi macam di atas ni..
* jadinye, lapisan jadi macam di atas ni..
1- bawah sekali kek,
2- paipkn krim selang seli macam gambar,
3- lapis dengan kek lagi,
4- paip lagi krim selang seli, kek, krim dan kek..
5- bila dah habis lapis kek, lepakan krim ceez
6- last sekali curahkn lebihan ganache..
Jadi macam ni lepas siram coklat ganache..
Facebook : Shams Ummu Umairah Uwais
0 comments:
Post a Comment