loading...

Biskut Kelapa Mudah Sukatan Cawan


Biskut Kelapa Mudah Sukatan Cawan | Biskut sekarang ni sangat mudah didapati . Tak perlu tunggu nak raya . Tapi kalau nak cuba buat sendiri , itu lebih jimat . Yang penting anda tahu resepinya .


Biskut Kelapa Mudah Sukatan Cawan


Di zaman dahulu , nak buat biskut kelapa gunakan kelapa yang diparut selepas itu di sangan ( goreng tanpa minyak ) sehingga garing . Selepas itu , ditumbuk .

Zaman sekarang pula , untuk menghasilkan biskut kelapa , anda cuma perlu beli kelapa parut dalam tin . Keluarkan dan kisar . Betapa teknologi itu memudahkan kita . 

Biskut Kelapa Mudah Sukatan Cawan


Untuk menghasilkan biskut kelapa sukatan cawan ni mudah sahaja . Berikut adalah resepinya .

Bahan A:


1 cawan mentega 
3/4 cawan gula kaster
1/4 sedu teh esen vanilla


Bahan B:


1 biji telur kuning

Bahan C:


2 1/2 tepung jagung*
1/2 tepung gandum ( atau secukupnya ) *
secubit garam
2 sudu besar tepung kastard*
2 cawan parutan kelapa-dipanggang

Hiasan:


kuning telur dicampurakan pewarna egg yellow
ceri merah dan hijau


Cara:


1. Ayak bahan yang bertanda *. 

2. Pukul bahan A sehingga ringgan dan kembang.
3. Masukkan kuning telur. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan C. Pukul perlahan-lahan sehingga menjadi doh.
5. Ambil 1 camca teh doh dan bulatkan, susun didalam loyang pembakar. Sapu dengan kuning telur dan susun ceri merah dan hijau.
6. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan