loading...

Kenali Personalti Kanak-kanak Introvert Dan Extrovet


Kenali Personalti Kanak-kanak Introvert Dan ExtrovetKita semua, sebagai manusia tahu, bahwa kita dilahirkan ke dunia dengan berbagai macam sifat yang unik dan berbeza. 

Ada orang yang pendiam, ada yang cerewet, ada yang easy-going, ada yang pemalu, ada yang wishy-washy, ada yang manja, dan sebagainya.

Namun, pada dasarnya, sifat manusia dapat dibahagi kepada dua, iaitu extrovert dan introvert. 

Perbezaan terbesar antara orang introvert dengan orang extrovert adalah cara mereka mendapatkan ”energi”. 

Mari kenali si manja kita, agar mudah kita membantu membina personaliti dan keperibadian yang baik dalam jiwa mereka.


Kenali Personalti Kanak-kanak Introvert Dan Extrovet


Kanak-kanak Introvert

Orang introvert mendapatkan ”energi” mereka dari dalam diri mereka sendiri.

1- Tidak takut bersendirian .


Boleh buat kerja sendiri, duduk seorang sambil baca buku dan sebagainya. Selesa sendiri.

2- Fokus dan utamakan kehendak hati


Jika dia ingin melakukan sesuatu perkara, dia akan buat sampai habis walaupun diajak untuk melakukan perkara lain.

3- Suka memerhati , berfikir , menganalisa , bertanya dan memberi pendapat .


Biasanya mereka dijadikan tempat rujukan dan tempat meminta pendapat.


4- Tidak mudah mesra pada pertemuan pertama .


Mereka lebih gemar memerhatikan dahulu kemudian baru membuat keputusan untuk berkawan ataupun tidak. Nampak seperti tak pandai bersosial, namun sebenarnya mereka pandai dalam berkawan dan disenangi.


5- Alert dan peka


Seorang yang alert dn peka dengan masa dan jadual, seperti jadual bermain dan sebagainya.

Kalau dua orang bermain -- seorang introvert dan seorang lagi extrovert, introvert akan sampai ke rumah dahulu dan dia yang akan mengingatkan extrovert yang asyik leka dan pelupa.


Kanak-kanak Extrovert

Sementara orang extrovert mendapatkan ”energi” dari orang-orang di sekeliling mereka.

1- Suka berada di khalayak ramai dan pandai bawa diri .


Mereka akan berusaha untuk bersama dengan kumpulan yang dikenali dan bergaul dengannya.

2- Respon pada persekitaran .


Kalau ada sesuatu aktiviti yang sedang berlaku, sedangkan dia sedang melakukan pekerjaannya, dia boleh ketepikan pekerjaannya untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang ada dihadapannya.

3- Banyak bercakap , mudah mesra dan pandai bersosial


Mungkin ada ketika sehingga orang lain tidak berpeluang bercakap !

4- Pemurah dan suka berkongsi


Suka belanja kawan dan bersedeqah. Namun hati-hati jangan sampai dibuli !


5- Suka memberi cadangan dan terlibat dalam merancang aktiviti


Jika ada aktiviti yang memerlukan sukarelawan, mereka inilah yang akan tampil dahulu ke hadapan!

 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan