Resepi Ringkas Kek Coklat Moist Sukatan Cawan
Resepi Ringkas Kek Coklat Moist Sukatan Cawan | Coklat / koko memang sangat sedap dimakan atau diminum dalam bentuk atau resepi apa sekalipun . Sebab itu coklat menjadi kegemaran pelbagai lapisan usia .
Resepi Ringkas Kek Coklat Moist Sukatan Cawan
Kepada yang sudah biasa buat kek coklat moist ,
mereka juga tahu bahawa nak membuat kek coklat moist ni mudah saja .
Berikut adalah resepinya .
Bahan a:
3/4 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
Campur semua bahan dan masak atas api sampai larut.
Tak perlu sampai mendidih. Ketepikan.
Bahan b:
3/4 cwn tpg gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
Campurkan semua bahan b. Ayak.
Bahan c:
4 biji telur di pukul sikit dgn garfu.
Cara-cara :
Campukan bahan c ke dalam bahan a.
Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan b sikit-sikit dan pukul lagi.
Masukkan ke dalam acuan yang disapu butter & di lapik kertas minyak.
Kukus selama 1 - 1 1/2 jam@hingga masak.
Bahan utk ganache:
Serbuk koko
Susu segar
Marjerin
Susu pekat
Cara Membuatnya :
Campur semua .masak cara double boiler.
Sukatan main agak-agak saje.
0 comments:
Post a Comment