loading...

7 Tips Mudah Tidur Semasa Trimester Akhir


7 Tips Mudah Tidur Semasa Trimester Akhir | TAHUKAH ANDA ibu mengandung memerlukan lebih daripada 6 jam tidur pada trimester terakhir?

Apabila masuk trimester terakhir (semester ketiga) iaitu pada 28 minggu, ramai-ramai ibu-ibu mula mengalami masalah untuk tidur malam disebabkan:
  • kesukaran bernafas
  • sakit pinggang
  • kerap perlu kencing
  • kaki rasa kebas atau sesemut


Dalam kata lain, semua rasa serba tak kena. Sekejap panas, sekejap sejuk, Rasa tak selesa , rasa rimas. Disebabkan rasa ketidakselesaan ini, ramai ibu-ibu yang tidur lambat dan kurang tidur .


Jadi? Perlu ke tidur awal? Tidak lah wajib , tetapi , TAHUKAH ANDA ...
  • Ibu yang tidur kurang 6 jam mengambil masa 11 jam lebih lama untuk terbuka pintu rahimnya jika dibandingkan dengan ibu yang tidur 7 jam ke atas
  • Ibu yang tidur kurang 6 jam adalah 4.5 kali ganda lebih tinggi kadar pembedahan cesarean berbanding ibu yang tidur 7 jam atau lebih


Pemerhatian ini berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 yang di publish dalam American Journal of Obstetrics and Gynaecology.
Jadinya? Patut ke tak tidur dengan lebih lama? Kalau jawapan puan-puan ya, teruskan membaca. 

7 Tips Mudah Tidur Semasa Trimester Akhir
smile emoticonSemoga berfaedah.

7 Tips Mudah Tidur Semasa Trimester Akhir


Berikut adalah penjelasan bagaimana mahu mudah tidur Semasa Trimester Akhir bagi ibu hamil / mengandung .

1- Set Masa Tidur


Sebaiknya, tidur lah sebelum pukul 11 malam supaya kita dah memasuki paras tidur lena pada jam 12 malam. Jam 12 malam-2 pagi adalah masa badan kita membaiki badan.

Setkan jam pada pukul 10 malam untuk mengingatkan kita supaya tidur awal. Jika tidur pada masa yang sama setiap malam, badan kita akan lebih mudah tertidur. 

Untuk bangun subuh pukul 6 pagi, paling lewat tidur jam 11 malam.
Sebaiknya tidur jam 10 malam supaya dapat bangun sebelum subuh untuk bertahajud. Jika mengamalkan solat sunat tahajud, taubat dan hajat insyaAllah akan lebih dipermudahkan lagi proses bersalin nanti.


2- Tidur Mengiring


Tidur mengiring dapat megurangkan tekanan pada salur darah yang mengembalikan darah ke jantung. Dengan tidur mengereng sebelah kiri, kita dapat bernafas dengan lebih mudah. Salur darah tersebut berada pada sebelah kanan kita.

Letak bantal di celah kaki dan juga dibelakang untuk support. Boleh juga gunakan bantal yang direka khas untuk ibu mengandung.

3- Kurangkan minum air 2 jam sebelum tidur


Semasa mengandung kita digalakkan minum air kosong minimum 2L satu hari. Minum sedikit-sedikit sepanjang hari. Tapi lebihkan kepada siang hari. Selepas Isya, kurangkan minum air supaya tidak perlu kerap ke tandas semasa waktu tidur.

4- Gelapkan bilik


Hormon Melatonin mengawal kitaran tidur dan bangun kita. Cahaya mempengaruhi kadar melatonin dalam badan. Gelapkan bilik supaya badan kita bersedia untuk tidur. Sebaiknya masuk bilik setengah jam lebih awal daripada masa tidur.


5- Berhenti tengok skrin 2 jam sebelum tidur.


Skrin samada handphone, ipad, laptop, computer atau TV memancarkan cahaya yang membuatkan kita untuk lebih sukar tidur.

Untuk mudah tidur, elakkan penggunaan gajet berskrin pada malam hari.


6- Alunkan ayat Quran/bunyi alam/musik


Alunan ayat Quran, bunyi alam seperti bunyi angin, ombak dan serangga, dan musik yang lembut membuatkan kita lebih relax.

Badan dan minda perlu relax sebelum tidur untuk memudahkan tidur. 

Berhenti membuat list atau planning apa-apa di dalam fikiran kita. Benarkan badan dan minda untuk berehat. Dengar sahaja alunan itu.

7- Aktiviti relaksasi seperti berurut dan aromaterapi.


MInta tlg suami untuk mengurut bahu dan belakang perlahan-lahan. Urutan dapat mengeluarkan hormon yang membuat kita relax.

Aromaterapi juga bagus untuk menenangkan diri dan juga untuk tidur. Carilah essential oil seperti lavender yang dapat membantu kita tidur dengan lena.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan