loading...

Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah


Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah | Kira-kira satu daripada sepuluh wanita berisiko berhadapan dengan penyakit endometriosis . Penyakit endrometriosis tidak seharusnya dipandang remeh bagi mengelak keadan bertambah parah . 

Bagi wanita yang datang haid awal , keluar darah haid terlalu banyak , lewat mengandung , dan menopause lewat , mungkin berhadapan dengan penyakit endometriosis . 


Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah


Endometriosis adalah keakitan yang berlaku ada bahagian pelvik sama ada ketika melakukan hubungan seks atau pun senggugut .

Endometriosis ialah kejadian lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim yang didapati berada di luar kawasan rahim atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi wanita . Penyakit endometriosis boleh dihidapi dalam jangka masa yang lama dan menyebabkan kemandulan .

Pendarahan dalaman akan berlaku pada ruangan pelvis yang mengakibatkan proses penguraian darah berlaku hasil daripada tisu endometrium tertanggal . Keadaan itu juga menyebabkan berlaku keradangan pada kawasan sekitarnya .

Wanita yang menghidap penyakit endometriosis ini akan berasa sakit dan tisu-tisu parut mulai terbentuk akibat keradangan itu . Biasanya tisu endometrium yang abnormal sering ditemui di kawasan ruangan pelvis yang merangkumi kilang telur ( ovari ) , dinding salur Fallopio , usus kecil , pada bahagian otot rahim , belakang rahim , pangkal faraj , kawasan pundi kencing ligamen dalam rahim dan dinding abdomen .

Ada juga kes endometriosis yang berlaku pada kulit , paru-paru , diafragma ( paru-paru ) dan otak tetapi kes ini berlaku sangat jarang terjadi .


Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah

Rawatan Baru Endometriosis


Matlamat rawatan endometriosis ini adalah untuk melegkan kesakitan , melambatkan pertumbuhan tisu endometrium , menambah baik atau melindungi kesuburan dan mencegah penyakit daripada berulang .

Laparoskopi biasanya dijalankan untuk mengesahkan diagnosis dan boleh dijalankan untuk membuang lesi endometrium . Namun , bagi sesetengah pesakit , lesu mungkin kembali selepas pembedahan . 

Gejala itu biasanya dirawat menerusi ubat penahan sakit seperti ubat anti-radang bukan steroid ( NSAID ) dan rawatan hormon seperti pil perancang oral , progestin dan analog hormon pengeluar gonadotropin ( analog GnRH ) .

Setakat ini , pilihan yang berkesan adalah menerusi suntikan analog GnRH tetapi hanya boleh digunakan untuk tempoh enam bulan kerana ada kesan sampingan iaitu menyebabkan berlaku penipisan tulang .


Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah


Tiada Penawar Kekal


Kesakitan yang dialami boleh menyebabkan kelesuan fizikal dan mental , melemahkan mereka dipuncak kehidupan dan menjejaskan kerjaya dan hubungan peribadi mereka . 

Tinjauan mendapati , wanita terpaksa menunggu selama dua tahun selepas mengalami gejala endometriosis sebelum mereka mendapatkan rawatan . Kebanyakan wanita ini menangguhkan kerana menganggap ianya akan hilang . 

Pesakit boleh merawat kelegaan dengan menggunakan ubat oral Visanne yang terbukti secara klinikal membantu mengurangkan kesakitan selain mengurangkan pertumbuhan tisu seperti endometrium yang terdapat diluar rahim .

Ia juga berkesan melegakan kesakitan senggugut , kesakitan sebelum kedatangan haid , pelvis dan ketika melakukan hubungan seks .

Visanne adalah merupakan ubat oral pertama di dunia yang memberi keberkesanan seperti suntikan analog GnRH . Lebih penting , kajian klinikal menunjukkan Visanne mencatatkan tahap kejadian selaran panas lebih rendah dan perubahan ketumpatan mineral tulang yang minimum berbanding suntikan analog GnRH .

Ia memberi manfaat kepada wanita memandangkan endometriosis dihidapi pada usia subur . Visanne adalah langkah besar kehadapan dalam pengurusan endometriosis .


Endometriosis ( Kesakitan Haid ) Wanita Jangan Ambil Mudah



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan