loading...

Cara Mudah Redakan Tangisan Bayi


Cara Mudah Redakan Tangisan Bayi | Bayi menangis itu perkara biasa . Kalau bayi tak menangis , itu maknanya ada yang tidak kena . Masalahnya , sebagai ibu , anda ada kalanya tak dapat nak agak kenapa bayi menangis walaupun tahu menangis itu adalah cara bayi memberitahu sesuatu kepada ibunya . 

Bayi memangis ada banyak sebab . Antara sebab bayi menangis adalah lampin sudah basah teruk , bayi membuang najis , perut kembung , mahu menyusu , mahu makan atau ada gangguan lain yan kita tak nampak .


Cara Mudah Redakan Tangisan Bayi


Cara Mudah Redakan Tangisan Bayi


Bagi para ibu  selalunya mereka tahu apa mahu dilakukan . Tetapi bagi para bapa yang jarang-jarang menjaga bayi , mereka akan jadi panik bila bayi mereka menangis berterusan . 

Jika bayi anda menangis , anda pula dah lakukan tindakan yang sepatutnya tetapi bayi anda masih juga memangis , maka panduan Cara Mudah Redakan Tangisan Bayi berikut boleh anda cuba .

1- Bertindak Segera


Anda perlu bertindak balas dengan segera bila anak anda menangis . Anda boleh saja mendukungnya sambil bernyanyi ( mendodoi ) dengan penuh kasih sayang . Cubalah memujuk bayi anda dengan menepuk-nepuk lembut belakang badannya .

2- Pandang Matanya


Cuba letakkan kepala bayi anda berdekatan dengan mata anda seperti baringkannya di bahu anda . Pandang matanya supaya bayi merasakan tenang bila memandang mata anda . 

3- Peluk 


Peluklah bayi anda dengan mesra dan hangat . Bayi akan rasa sleamat dna selesa bila dilakukan sebegitu .

4- Periksa


Periksa keadaan bayi anda . Periksa perutnya sama ada kembung atau pun tidak . Periksa juga kemaluannya sama ada ada ruam atau semut di situ .


5- Sentuh Mulutnya 


Jika anda sentuh mulutnya dan bayi anda membukanya sedikit , itu bermakna bayi anda lapar . Berikan susu atau suapkan bubur supaya bayi anda kenyang . 

6- Periksa Badan 


Mungkin bayi anda menangis kerana demam dan ada ulser di dalam mulutnya . Jika anda dapati badan bayi anda panas , buka baju dan mandikan . Rendam bayi dalam air lama sedikit supaya suhu badannya turun . 


7- Alih Perhatian 


Cua bawa bayi anda berjalan-jalan melihat apa yang ada di sekeliling . Ada kalanya bila bayi melihat gelagat haiwan peliharaan , dia akan berhenti menangis .


8- Bunyi-bunyian


Pada trimester ketiga , bayi dapat mendengar apa sahaja bunyi dari dalam kandungan . Jika pada waktu itu anda sudah biasa mendengarkan bayi anda alunan muzik atau puji-pujian , bila bayi anda menangis , putarkan muzik atau puji-pujian itu . Bayi akan berhenti menangis kerana dia tertarik dengan bunyi-bunyian yang dia biasa dengar .

Jangan Goncang


Jangan sekali-kali anda goncang bayi anda semata-mata mahu bayi anda berhenti menangis . Menggoncang bayi hanya akan menyebabkan berlaku gegaran pada otaknya selain akan berlaku kecederaan pada tulang bayi yang masih belum kukuh .

Sekiranya tangisan bayi anda berterusan , bawalah bayi anda berjumpa doktor . Ditakuti bayi anda menelan sesuatu yang ada di sekitar tempat dia berada / bermain .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan