Resepi Asli Tomyam Siam Jadi Lebih Sedap
Resepi Asli Tomyam Siam Langkah Demi Langkah | Tomyam merupakan makanan tradisi masyarakat Siam di Thailand . Oleh kerana sebahagian negeri-negeri di Malaysia berjiran dengan Thailand , pengaruh masakan tomyam pun mula menular . Kni dengan penghijrahan masyarakat Siam ke Malaysia menjadikan masakan tomyam menjadi popular .
Tom yam merupakan sup yang memiliki rasa pedas , masam dan lemak . Selalunya bahan yang digunakan adalah makanan laut . Ada juga yang mencampurkan dengan daging , ayam dan sayuran . Semuanya itu mengikut citarasa individu .
Antara bahan yang digunakan adalah seperti di atas .
Ramai yang tak tahu lengkuas dan akar ketumbar sangat penting.
Sayur yang dibolehkan ialah yang tidak manis sahaja.
Susu cair atau santan hanya sedikit (sy guna sesenduk saja)
dan masuk ketika api sudah padam.
Tips Penting!
Untuk dapatkan sup yang sedikit lemak dan pekat ,
saya tekankan sekali lagi SUSU CAIR / SANTAN.
Cara masak:
Jika nak tom yam pedas , tumis cili kisar. (Jika suka)
Jika tidak, masuk je semua bahan kecuali udang / sotong dan sayur dalam air dan renih je sampai gelegak.
Pastu baru masuk sayur dan udang.
Matikan api dan masuk santan / susu cair sesenduk dua bergantung kuantiti masakan.
Mesti dah matikan api baru masuk ye.
Tips Udang
Ni pun penting.
Udang banyak asid urik.
Amat tak elok untuk pesakit gout.
Tapi jangan takut.
Allah buat elok-elok dah.
Dimana ada racun di situ ada penawar.
Kulit jangan buang abis. Tinggalkan separuh.
Kulit yg tinggal tu adalah penawar asid urik.
Tak perlu telan, cukuplah ada dalam kuah.
Ni info dari majalah 3 laama dulu.
Okey. Ni pulak mengenai kesilapan guna udang.
Udang perlu celur dulu.
Dan buang airnya.
Air celur tu punca tomyam jadi manis.
Which is will ruin soup base.
Celur kejap je.
Masuk dalam air gelegak seminit dan tos.
Air tu jangan guna.
Bahan suka hati je. Tak kisah. Isi ikan pun boleh.
Akar ketumbar.
Khasiatnya banyak.
* Buang toksin.
* Buang angin.
* Cuci darah.
Bersihkan betul-betul masuk je sekali.
Tapi daunnya masuk setelah sup dah masak ye.
Saya suka guna pes tomyam ni.
Tapi apa-apa jenama pon boleh sebenarnya.
Tak de masalah.
Ni tomyam versi seafood saja.
Cuma tambah terung pipit.
Resepi tomyam tetap yg sama.
Perhatikan kuahnya dah putih dan pekat sikit sebab dah masuk susu/ santan.
Rasanya masam, pedas dan lemak.
Facebook : perkongsian dari Yuss Aisya
0 comments:
Post a Comment