loading...

Resepi Ringkas Aiskrim Choki-choki


Resepi Ringkas Aiskrim Choki-choki | Musim panas sekarang ni , memang elok duduk rumah sahaja di hujung minggu . Bila dah berkumpul di rumah , mestilah perlu buat aktiviti baru menyeronokkan . Aktiviti itu juga biarlah yang boleh disertai oleh anak-anak juga .


Resepi Ringkas Aiskrim Choki-choki

Resepi Ringkas Aiskrim Choki-choki


Anak-anak mest seronok jika aktiviti yang akan mereka buat adalah membuat aiskrim . Apa kata , cuba buat Aiskrim Choki-choki bersama mereka . Tentu menyeronokkan .

Berikut adalah bahan dan cara membuat Aiskrim Choki-choki .

Bahan-bahan :



1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Choki-coki

Cara Membuatnya :


1- Kacau semua bahan di atas , then didihkan manja-manja diatas api kecil . 

2- Ambil Choki-coki dan potong - potong .

3- Masukan choki-choki ke dalam plastik aiskrim then picit-picit . Dah picit , ratakan elok-elok .

4- Tuangkan bahan 1 ke dalam plastik aiskrim .

5- Ikan plastik aiskrim dan simpan dalam peti sejuk hingga beku .

Tujuan tambah tepung jagung adalah untuk bagi struktur aiskrim tu jadi lembut. Garam selain membangkitkan lemak dia boleh cegah kembung . Boleh juga guna air tapis yang dimasak .


Facebook : Aila


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan