Resepi Ringkas Sotong Masak Kukus Pedas Masam Mudah Langkah demi Langkah
Resepi Ringkas Sotong Masak Pedas Masam Mudah Langkah demi Langkah | Sotong kalau masak sambal dan tomyam saja pun bosan juga . Selain itu sotong selalu menjadi campuran dalam pelbagai jenis masakan . Apa kata kali ini cuba pula sotong masak kukus .
Resepi Ringkas Sotong Masak Kukus Pedas Masam Mudah Langkah demi Langkah
Resepi sotong masak kukus pedas masam ni sangat mudah .
Korang cuma perlu susunkan semua bahan dalam kuali leper ,
kukus selama lebih kurnag 15 minit , siap !
Anggaran bahan-bahan .
Ikut banyak mana sotong yang digunakan .
1--sotong
2--cabai melaka merah, hijau
3--sos ikan
4--limau nipis
5--daun ketumbar (akar sekali)
6--gula
7--bawang putih
8--daun pudina
9--lengkuas, serai
Cara - cara membuatnya :
1- Cuci sotong bersih - bersih .
2- Potong sotong mcm dalam gambar tapi jangan sampai putus.
3- Susun sotong dlm bekas untuk kukus,
4- letak lengkuas, serai (potong) , akar ketumbar , sedikit bawang putih atas sotong...
5- Kukus buka api paling kuat dalammasa 15 minit .
6- dah masak buang air sotong...
Buat Sos
Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong...
kacau hingga hancur...
Sos dah siap tuang atas sotong yang dikukus tadi, angkat , tabur daun ketumbar dan daun pudina untuk hiasan dengan potong sedikit limau nipis-nipis letak atas .
Dari facebook : Irene Raihan
0 comments:
Post a Comment