loading...

Bahaya Cerebral Palsy Lumpuhkan Otak Kanak-Kanak



Bahaya Cerebral Palsy Lumpuhkan Otak Kanak-Kanak | Cerebral Palsy atau penyakit kelumpuhan otak adalah sejenis penyakit yang menyerang kanak-kanak kesan daripada kecederaan atau perkembangan tidak normal pada bahagian otak . 

Bahaya Cerebral Palsy Lumpuhkan Otak Kanak-Kanak


Penyakit cerebral palsy boleh terjadi di kalangan janin yang berada di dalam kandungan , bayi yang mengalami proses kelahiran ataupun kanak-kanak berusia 2-3 tahun .

Kebanyakan kes cerebral palsy tidak dapat dikesan lebih awal oleh doktor mahu pun ibu bapa kerana penyakit ini sangat sukar dikenal pasti .

Ketika di dalam kandungan , bayi menghadapi risiko masalah berkaitan kromosom , jangkitan atau masalah kesihatan ibu atau janin atau komplikasi ketika proses melahirkan bayi . Salah satu faktor ini mempengaruhi perkembangan janin . Selain itu masalah cerebral palsy juga boleh disebabkan oleh kekurangan darah , oksigen atau nutrient ketika proses kelahiran .

Masalah kesihatan pada bayi baru lahir seperti kadar gula rendah juga boleh menyebabkan kecederaan otak dan seterusnya mengakibatkan penyakit ecerebral palsy .

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan juga tidak terlepas daripada risiko penyakit cerebral palsy kerana ia melibatkan perkembangan otak . Bayi seperti ini biasanya mempunyai risiko pendarahan otak atau ventricular hemorrhage ' IVH ' dan periventricular leukomalacia atau ' PVL ' .

Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun pula boleh mengalami cerebral palsy jika mengalami demam panas , demam yang berpanjangan , mengalami kesakitan serius seperti meningitis , kecederaan otak disebabkan kemalangan , jatuh , atau masalah kekurangan oksigen yang diperlukan untuk dihantar ke tisu-tisu otak dan sebagainya .


Tanda-tanda


1- Tanda-tanda penyakit ini tidak dapat dilihat sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi berusia 1 hingga 3 tahun . Ia bergantung kepada perkembangan dan kematangan kanak-kanak tersebut . 

2- Kanak-kanak sebegini mengalami kesukaran dari segi penyebutan atau pengucapan .

3- Bayi atau kanak-kanak sebegini gagal mencapai tahap kebolehan dan perkembangan yang sama dengan kanak-kanak seusianya malah mereka jauh ketinggalan .

4- Bayi atau kanak-kanak mengalami masalah menghisap dan menelan makanan .

5- Tangisan atau teriakan kedengaran lemah atau nyaring .

6- Posisi tubuh tidak normal . Biasanya tubuh agak lembik dan terkulai atau terlalu keras dan kaku .

7- Apabila dipegang , kanak-kanak atau bayi ini akan melengkungkan badan mereka dan meregangkan lengan dan kaki mereka . Postur sebegini tidak normal bagi bayi yang sihat . 

Kaedah HBOT Rawat Cerebral Palsy


HBOT amat bermanfaat bagi kanak-kanak penghidap ecerebral palsy . Menerusi kaedah rawatan HBOT , pelbagai penyumbatan yang tidak hanya disebabkan oleh gelembung udara dapat ditembusi oleh oksigen .

HBOT adalah penghantaran 100 peratus oksigen pada tekanan yang lebih tinggi berbanding biasa ( paras laut ) melalui peralatan khas iaitu kebuk khas yang menyerupai sebuah kapal selam .

Tujuan HBOT dilakukan kepada pesakit ecerebral palsy adalah untuk meningkatkan jumpah oksigen yang tersedia di dalam badan sesorang .

Dengan menghirup 100 peratus oksigen pada tekanan tinggi yang bersamaan 15 kali ganda tekanan normal , lebih banyak oksigen yang akan dihantar kepada tisu-tisu otak pesakit . Oksigen ini akan menyerap di dalam cecair badan , plasma dan cecair serebrospinal di dalam limpa dan otak . Seterusnya ia akan dibekalkan ke bahagian-bahagian yang mempunyai tekanan darah yang lemah .

Kaedah rawatan HBOT ini amat mudah dilakukan dan tidak mengambil masa panjang mengikut keperluan pesakit .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan