loading...

Resepi Ringkas Bebola Kentang Berkeju


Resepi Ringkas Bebola Kentang Berkeju | Kentang merupakan makanan asas orang di negara barat . Kini kentang sudah digemari masyarakat negara kita kerana menunya mudah untuk disediakan , ringkas dan mengenyangkan . Kentang mengandungi karbohidrat yang tinggi sama seperti nasi dan roti . Kanak-kanak juga sukakan menu berasaskan kentang .


Resepi Ringkas Bebola Kentang Berkeju


Resepi Ringkas Bebola Kentang Berkeju


Kentang boleh menghasilkan pelbagai resepi selain sebagai bahan campuran di dalam sup , digoreng dan sebagainya . Berikut adalah resepi bebola kentang cheese yang boleh anda cuba untuk dijadikan sarapan anak - anak anda .


Bahan-bahan:


300gm kentang dikukus dan dilecek
2-3 sb susu tepung
1 biji kuning telur
1/4 st serbuk lada sulah
1 sb butter tanpa garam - kalau guna mentega biasa, kurangkan garam
1/2 st garam
Sedikit tepung gandum - jika perlu sekiranya adunan melekat pada tangan
Kiub cheese secukupnya

Bahan salutan:


2 biji putih telur dipukul sedikit
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara:


1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga tidak melekat pada tangan. Sekiranya melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.
2. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan kiub cheese. Buatkan bebola sehingga habis.
3. Golekkan bebola cheese tadi ke dalam serbuk roti. Kemudian celupkan pula dalam putih telur dan digolek sekali lagi dalam serbuk roti.
4. Goreng dalam minyak penuh dengan api yang serdahana sehingga bebola tadi masak.
5. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan