loading...

Cara Rasulullah Melayan Isteri


Cara Rasulullah Melayan Isteri | Hubungan suami isteri akan lebih harmoni dan bahagia jika pasangan dapat melayan kehendak antara satu sama lain dengan baik . Selain itu , saling bertolak ansur dan meringankan tangan untuk membantu adalah antara resepi untuk mendapat rumahtangga yang bahagia .


Cara Rasulullah Melayan Isteri


Cara Rasulullah Melayan Isteri


Setiap isteri mahu dilayan dengan lembut oleh suaminya . Tentu para suami akan bertanya , layanan yang bagaimana yang isteri mahukan ? Jawapannya sudah tentu sepertimana Rasulullah melayan para isterinya seperti berikut :

1- Pakaian


Rasulullah akan menapal sendiri pakaian yang koyak . Baginda tidak meminta pertolongan dari isterinya kerana tidak mahu menggangu isterinya dan baginda boleh lakukannya sendiri . 


2- Makanan


Bila tiada makanan yang terhidang ketika baginda pulang dari kerja , baginda dengan senyum sambil menyingsing lengan , pergi ke dapur membantu isterinya .

3- Segera Pulang


Apabila mendengar azan , Baginda segera pergi ke masjid menunaikan solat . Setelah selesai solat , Baginda terus sahaja pulang ke rumah untuk bersama isterinya .

4- Lapar


Apabila Rasulullah merasa lapar dan dan makanan pula masih mentah , baginda pun mengatakan bahawa baginda berpuasa .


5- Memukul


Rasulullah sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sedangkan isteri itu adalah teman tidur dan ibu kepada anak-anaknya .

6- Sikap


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Sebaik-baik kalian ( adalah ) yang sikapnya paling baik terhadap perempuan-perempuan mereka ( sendiri ) . "
( Hadis Riwayat Tirmidzi )

7- Keperluan


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Engkau harus memberinya makan jika engkau mendapat makan , memberinya pakaian jika engkau mendapat pakaian , jangan memukul wajahnya dan jangan meninggalkan mereka kecuali ia berada di rumah . "
( Hadis Riwayat Ahmad , Abu Daud Dan Ibn Majah )

8- Berkias


Apabila Aisyah memasak sup berasa masin , Rasulullah tidak menegurnya secara terang-terangan . Sebaliknya baginda berkias dengan mengajak Aisyah saling bersuap dengannya sebagaimana mereka mula-mula berkahwin dahulu .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan