loading...

Biskut Badam Mudah Sukatan Cawan



Biskut Badam Mudah Sukatan Cawan | Bila raya menjelang , pelbagai jenis biskut ada di atas meja . Tak meriah raya jika tiada banyak biskut . Sekarang ini , pelbagai jenis biskut mudah didapati dipasaraya . Asalkan anda ada RM untuk dihulurkan , pasti banyak jenis biskut raya anda dapat bawa pulang .

Biskut Badam Mudah Sukatan Cawan

Biskut Badam Mudah Sukatan Cawan


Biskut badam merupakan salah satu biskut yang menjadi kegemaran ramai . Mungkin ada yang mahu mencuba resepi mudah buat biskut badam sukatan cawan yang sedap ini . Berikut dalah resepi buat biskut badam mudah lagi sedap sukatan cawan .


Bahan-bahan:


120gm butter ( 1/2 buku butter )
1/4 cawan gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
1 cawan badam kisar
 tepung gandum secukupnya ( 1 1/2 cawan )
1/4 cawan tepung jagung

badam flake
kuning telur untuk sapuan


Cara membuat:


1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan tepung jagung , gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan