loading...

Ear Candling Merawat Sakit Telinga


Ear Candling Merawat Sakit Telinga  | Jika anda penggemar rawatan SPA dan sering berkunjung ke SPA untuk memanjakan tubuh setelah penat bekerja berhari - hari , tentu ada pelbagai jenis rawatan SPA yang anda pernah cuba . Tapi pernahkah anda mendengar rawatan SPA ear Candling ?


Ear Candling Merawat Sakit Telinga


Ear Candling merupakan rawatan SPA yang amat popular di Kanada dan negara-negara Eropah sejak 10 tahun yang lalu . 

Ear Candling merupakan rawatan SPA yang menggunakan kaedah tradisional . Rawatan Ear Candling menggunakan bahan organik dengan ramuan yang asli . Rawatan ini memenuhi kehendak masyarakat hari ini yang sentiasa ghairah mencari kaedah rawatan yang lebih selamat dengan menggunakan bahan semula jadi .

Rawatan SPA Ear candling dihasilkan berdasarkan standard yang tinggi kerana ia menggunakan kaedah dan penemuan saintifik terkini yang telah diuji . Ekstrak madu asli , minyak esen daun ' sage ', sejenis tumbuhan herba yang penuh dengan kebaikan sudah pasti menjadikan rawatan Ear Candle begitu istimewa dan berkesan . 

Penggunaan herba tradisional India yang terbukti keberkesanannya dari segi perubatan dan 100 % lilin lebah dalam menghasilkan lilin khas untuk rawatan ini merupakan antara keunikan yang hanya terdapat di dalam rawatan ' ear candling ' .

Bagi suami isteri yang mengalami tekanan kerana bebanan kerja juga rumahtangga , kaedah rawatan ini dapat membantu mengurangkan rasa tertekan . Aroma ramuan semulajadi yang amat menenang dan mendamaikan perasaan . 

Bagi yang menderita migraine atau sakit kepala yang kronik adalah sangat disyorkan untuk menjalani kaedah rawatan ini .


Rawatan Ear Candling juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit telinga tersumbat , ' tinnitus ' atau masalah telinga berdengung , masalah kesukaran pendengaran , sakit radang telinga juga pelbagai masalah lain yang melibatkan bahagian hidung dan kerongkong

Selain itu , Ear Candling juga dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan , membentuk wajah , mengurangkan berat badan , membantu mengatasi kulit kusam , membantu menyegarkan dan melicinkan wajah , membantu melancarkan perjalanan darah , membantu mengatasi masalah kantung mata atau ' eye bag ' , kesan lebam dan kusam di bahagian bawah mata , membantu mengurangkan masalah perut buncit serta membantu mengatasi masalah alahan .

Lilin ear candling ada di jual di pasaran jika anda nak mencuba sendiri di rumah .


Ear Candling Merawat Sakit Telinga


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan