loading...

Resepi Ringkas Buat Kentang Putar Mudah Ala KFC


Resepi Ringkas Buat Kentang Putar Mudah Ala KFC | Bila makan di kFC , kentang putar adalah pilihan menu yang sedap sayangnya hanya sedikit kerana kentang putar hanyalah hidangan sampingan saja . Makan dua / tiga suap kentang putar sudah habis . Tak puas rasanya . 

Resepi Ringkas Buat Kentang Putar Mudah Ala KFC

Resepi Ringkas Buat Kentang Putar Mudah Ala KFC


Untuk lebih puas hati , lebih baik buat sendiri di rumah . Boleh makan banyak sampai puas . Untuk itu , anda perlu gunakan resepi kentang putar ala KFC di bawah sebagai panduan .

Bahan untuk kentang:


10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub besar
1sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara:


1. Rebus kentang dgn sedikit garam.
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit bagi hancur.
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar, sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Bahan untuk sos:


650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum/jagung
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam secukup rasa

Cara:


1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. Rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan