loading...

Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri



Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri | Kasih sayang merupakan pokok atau asas dalam sebuah perkahwinan . Jika sebelum berkahwin , lautan api sanggup direnangi , kenapa bila sudah berkahwin , perlu bersengketa bila timbul masalah ?


Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri


Kasihilah pasangan anda dengan ikhlas dan seadanya tanpa syarat . Cinta tanpa syarat hadir apabila wujud kepercayaan yang dapat mengukuhkan kasih sayang . Jadi , hubungan yang terjalin antara pasangan tidak akan beubah meskipun berlaku sesuatu yang tidak diingini . Walau bagaimanapun masalah bakal timbul sebaik sahaja kasih sayang tidak bersyarat gagal dipertahankan . 

Kepercayaan terhaap pasangan merupakan aspek yang penting sekaligus menjadi asas kepada pengorbanan dalam rumahtangga . Selain itu , ia turut berkait dengan sejauh mana kejujuran dalam perhubungan .

Proses membina kepercayaan bermula dari hari pertama hidup bersama sebagai suami isteri . kasih sayang perlu mula dipupuk . Kasih sayang ini bersifat dalaman . Justeru itu , kasih sayang perlu dibaja selalu . 

Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri

Tindakan suami / isteri yang sering bertanyakan itu dan ini kepada pasangan boleh mewujudkan perasaan mencurigai . Elakkan bertanya dengan cara mendesak dengan tujuan mendapat jawapan segera . Perlu ada komunikasi yang positif antara kedua belah pihak .

Untuk mengekalkan kepercayaan yang sedia ada , suami / isteri perlulah memelihara secara seadanya . Tidak telalu memaksa dan dibuat-buat . Apa yang lebih penting , suami / ietri tahu dengan siapa mereka hidup bersama .

Suami / isteri perlu mengetahui personaliti pasangan . Bagaimana sifat pasangan mereka yang sebenar , apa yang disukai dan dibenci supaya mudah untuk mengawal keadaan apabila berlaku salah faham .

Cara Mudah Pupuk Kasih Sayang Suami Isteri

Jika pasangan sedang menghadapi kesakitan , jalan pasangan seperti orang sakit . Layanlah pasangan yang sakit seolah-olah dia perlukan perhatan dan mahu disayangi kerana orang yang sakit selalunya sangat sensitif perasaannya . Emosinya tidak stabil .

Berusahalah menaikkan semangat dan pupuk nilai positif kepada pasangan dalam apa jua keadaan terutamanya jika pasangan itu sedang menghidapi penyakit yang kronik .

Allah beri penyakit untuk menguji hambanya . Menguji sejauh mana keimanan , dalamnya kasih sayang , sejauh mana kesabaran dan tinggi mana hasrat kita untuk susah senang bersama pasangan hingga akhirnya .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan