Resepi Ringkas Spaghetti Carbonara Yang Sangat Simple
Resepi Ringkas Spaghetti Carbonara Yang Sangat Simple | Spagetti merupakan mee yang dikeringkan dan merupakan sajian yang terkenal di Eropah . Kini spagetti sudah menjadi hidangan seperti mee goreng basah di Malaysia . Bila zaman dah berubah dan kemodenan merentasi benua , maka kita berkongsi resepi dengan orang lain di seluruh dunia .
Resepi Ringkas Spaghetti Carbonara Yang Sangat Simple
Cara masak spagetti ni mudah saja . Pertama sekali perlulah rebus mee sapgetti yang keras tu sampai lembut . Sambil tunggu mee spagetti lembut , buatlah sos spagetti untuk dituangkan di atas mee sapgetti sebelum dimakan .
Berikut adalah cara membuat sos spagetti yang sangat mudah .
Bahan sos:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 btg sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara Prego
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes
Caranya:
1. Tumiskan bawang besar & bwg putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam...siappp.
6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
* nak laig sedap tambah isi udang... nyum-nyum ...
.
Perkongsian Drpd: Ruhaiza Bunyamin
0 comments:
Post a Comment