Resepi Ringkas Cara Mudah Buat Apam Balik Yang Terlajak Sedap
Resepi Ringkas Cara Mudah Buat Apam Balik Langkah Demi Langkah | Apam balik merupakan makanan jalanan yang mudah didapati . Apam balik merupakan apam yang di isi inti tertentu . Apam balik yang memiliki saiz yang agak besar , mengenyangkan walaupun hanya makan sekeping sahaja .
Resepi Ringkas Buat Apam Balik Yang Terlajak Sedap
Kalau sebelum ini kita sudah biasa membelinya digerai , kali ini , apa kata kita belajar buat sendiri apam balik yang terlajak sedap itu . Berikut adalah resepi apam balik yang boleh dijadikan panduan .
Bahan-bahannya :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Kalau nak buat apam balik pandan tambah 2 sb pes pandan.
Caranya:
1- Blendkan semua bahan sehingga sebati
2- Perap 1 jam.
INTI APAM BALIK
Kacang tanah kisar
Jagung manis tin
Mentega
Gula
Coklat rice
Caranya Membuatnya
1- Panaskan non stick pan dan tak perlu disapu minyak.
2- Ambil adunan sesenduk dan buat macam pankek .
3- Apabila dah setengah masak , tabur gula , kacang tanah , jagung , coklat dan sedikit mentega di atas apam balik ( boleh letak inti lain yang disukai ) .
4- Lipat dua apam dan angkat dari pan.
5- Apam balik yang dah siap sapu mentega dan potong ikut suka
0 comments:
Post a Comment