Tanda-tanda Anak Anda Seorang Autisme
Tanda-tanda Anak Anda Seorang Autisme | Masih lagi dalam mood bulan kesedaran autisme, pihak MYY Insights ingin mengajak semua untuk mengetahui tanda - tanda amaran bagi autisme.
Perlu diingat bahawa, jika anak atau kenalan anda mempunyai ciri - ciri autisme yang disenaraikan, bukanlah bermakna dia / mereka sudah pasti mengidap autisme.
Ia dinamakan 'tanda amaran' kerana apabila anak / kenalan anda mempunyai simptom - simptom autisme yang disebutkan, eloklah dibawa berjumpa dengan mereka yang lebih pakar untuk penilaian selanjutnya. Hal ini kerana, simptom - simptom autisme ini, bukanlah disebabkan oleh autisme semata - mata, banyak perkara lain perlu dinilai dan diambil kira.
Tanda-tanda Anak Anda Seorang Autisme
Jika anak / kenalan anda ada sebarang tanda - tanda autisme ini, eloklah kiranya jika bawa mereka berjumpa dengan mereka yang lebih pakar.
2- Tiada gerak isyarat seperti melambai , menunding jari , mencapai objek pada usia 12 tahun .
3- Tidak bercakap satu perkataan pun pada usia 16 bulan .
4- Tidak dapat menyebut dua frasa perkataan pada usia 24 bulan .
5- Masalah bahasa dan komunikasi pada mana-mana peringkat umur .
6- Tidak menunjukkan minat terhadap sesuatu .
7- Tidak menunjukkan respon apabila nama dipanggil .
8- Tidak menunjukkan minat terhadap kanak-kanak lain .
9- Tidak membawa objek kepada orang dewasa .
10- Tidak memandang kepada objek yang ditunjuk oleh orang dewasa .
11- Tidak meniru pergerakan atau perlakuan orang dewasa .
0 comments:
Post a Comment